Cuba letak read more

Its nice and refreshing to see a layout that is different from conventional templates. The major difference is the space provided on the left for the author name and the comment count besides the post. Theres one nice section for the RSS in the footer of the template that you will come across below.

Lets start off with the simple header text and description, under that is the tab like page navigation menu. The extreme left has a section for the date, author and comments. The column besides it has the headline on the top and labels at the bottom of it, the rest of it is simple.

The sidebar starts off with a search bar, a section to display four 125 x 125 advertisments is below this. The sidebar then breaks up into two columns and then starts a footer that is divided into multiple sections as well. You can place your links in one part while one is dedicated to the RSS feeds of your blog.

Baca seterusnya..

Lirik lagu dan jalan cerita

05 Apr

Oleh admin dalam kategoriHiburan, Jurnal

dont-do-it

Saya ada terbaca satu blog yang memperlekehkan blog yang menggunakan cara ‘keji’ untuk menambahkan jumlah entri. Apa cara keji tersebut? Memang taktik ini boleh menambahkan jumlah entri. Caranya mudah sahaja. TULIS LIRIK LAGU!!

Memang taktik yang menyakitkan hati. Sebabnya, kita buka blog untuk baca sesuatu. Tapi; kadang-kadang berguna juga bagi orang yang hendak mencari lirik.



Sebenarnya, bukan hendak membalas derita. Lebih baik jika dilupakan segalanya dan ‘berpura-pura’ seolah-olah tidak ada apa yang pernah berlaku. Tapi, seperti yang saya nyatakan tadi, “amat sukar sekali bila kenang kembali”. Jauh di sudut hati, saya ingin segalanya kembali seperti dulu.

Baca seterusnya..

Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi

Judul : Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi
Pengarang : Shahnon Ahmad
Penerbit : Pustaka Shahnonahmad
Genre : Biografi
Mukasurat : 277 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9834309902



"Fasa Kelima pun lebih khusus juga iaitu penglibatanku dalam perjalanan hidupku secara langsung dalam harakah Parti Islam SeMalaysia (PAS) sehingga dalam pilihanraya 1999 aku dipilih sebagai Wakil Rakyat mewakili pembangkang iaitu PAS. Penglibatanku dalam politik ala Malaysia ini benar-benar menambahkan lagi makna perjalanan hidupku; malah waktu penglibatan dalam politik inilah aku mulai mengenal sebenarnya siapa kawan siapa lawan, siapa insan dan siapa separuh haiwan dan siapa sebenarnya manusia berlagak haiwan, siapa syaitan, siapa iblis dan siapa malaikat. Banyak masa untuk renungan dan tafakur yang kucurahkan sewaktu berada dalam jemaah politik ini dan bagaimana hasil dari renungan dan tafakur itu banyak kusimpan baik-baik dalam hati dan akalku."

Shahnon Ahmad
Perjalananku Sejauh ini : Sebuah Autobiografi


Kandungan
1. Kata Merintis Jalan
2. Kampong Dulu Sejalan, Kampong Sekarang Menyimpang
3. Jalan Beronak Menuju Puncak
4. Perjalanan DayaCipta Ku
5. Aktiviti Eceran Dalam Perjalanan
6. Perjalanan Seperguruan dengan "Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi"
7. Seiring Sejalan bersama Jema'ah Darul AI-Arqam***
8. Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS
9. Azabnya & Rahmatnya Myasthenia Gravis
10. Ber'Uzlah
11. Mahabbah
12. Kata Penutup Jalan
13. Lampiran: Biodata

.....
Autobigrafi ini saya beli melalui ujanailmu.( Memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan!) Tapi, sampai ke hari ini (1 Feb 2007) masih tak berjaya menghabiskan. Rasanya masih tinggal antara 10 hingga 20 halaman belum dibaca (tak termasuk lampiran yang memang tebal). Saya berazam akan menghabiskannya hari ini. Buku-buku yang sedang beratur untuk dibaca pun dah semakin bertambah. Novel Atas Nama Cinta karya Isa Kamari sudah hampir separuh selesai. :-)

Baca seterusnya..

Mencari Locus Standi

Judul : Mencari Locus Standi
Pengarang : Nisah Haji Haron
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 246 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Cetakan Terkini : 2006
ISBN : 9676115983



Bahawa dia anak angkat, bukan satu rahsia. Bahkan dia anak angkat yang sungguh-sungguh bahagia, sampai alpa menyusur leluhur.

Ini kisah percubaan membolot harta pusaka, akan hal loba menjadikan orang buta. Kerana dia anak angkat, disangka dia kosong kuasa, lenyap suara.

Sungguh-sungguh dia terasuh oleh ilmu. Dan undang-undang mengenalkannya akan makna hak, menunjukkan jalan menegakkannya.

Eliza Jasmin, dia mencari tempat untuk berdiri, locus standi, menggenggam hak untuk bertindak.

LAPORAN PANEL HAKIM

Tidak banyak karya di Malaysia yang mengangkat isu guaman untuk menggerakkan penceritaan, lebih-lebih lagi dalam genre novel remaja. Namun begitu, manuskrip novel "Mencari Locus Standi" telah membuktikan bahawa ilmu guaman berjaya dihadirkan dalam bentuk penulisan kreatif yang menarik dan meyakinkan. Pengarang mengangkat tiga jenis undang-undang utama, iaitu undang-undang sivil, syariah dan adat sebagai subjek cerita. Subjek undang-undang yang didramatasikan menerusi nilai-nilai persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang dengan penggarapan watak Eliza Jasmin (E-Jay) sebagai teraju utama, menunjukkan ilmu undang-undang bukan sekadar tempelan semata-mata dalam karya ini.

Kehadiran tiga komposisi undang-undang tersebut (sivil, syariah dan adat) dalam karya ini menjelaskan peri pentingnya undang-undang dalam pembentukan sahsiah. Ini bersesuaian dengan peradaban ummah yang menggariskan keperluan undang-undang bagi mengawal kerakusan hedonisme dan menguruskan kehidupan secara harmonis dan teratur. Dalam hal lain, penggarisan undang-undang dilihat sejajar dengan saranan Islam yang menuntut manusia melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Antara kekuatan lain karya ini ialah wujudnya beberapa persoalan yang menuntut daya fikir pembaca untuk memahaminya, misalnya kemalangan Ibu Mustika dan identiti misteri Yazid, bapa kandung E-Jay. Persoalan ini kekal dalam kemisteriannya sehingga ke akhir cerita. Hal ini dapat diterima kerana dalam kehidupan memang wujud beberapa persoalan yang tidak mampu ditafsirkan oleh manusia dengan mata zahir, tetapi harus dicari maknanya dengan mata batin. Teknik tersebut menjadikan karya ini menarik kerana upaya mengaktifkan daya taakulan dan imaginasi pembaca.

Pengolahannya yang konvensional melalui urutan peristiwa secara kronologis dan penyisipan teknik imbas kembali secara terkawal menjadikan karya ini mudah ditelusuri, khususnya oleh pembaca remaja. Dengan sifatnya yang demikian, karya ini dapat menjadi sumber ilmu undang-undang dalam bentuk hasil seni. Ini secara tidak langsung mengakrabkan remaja dengan satu subjek yang berat dan kompleks.

Episod persembahan drama pentas yang dijayakan oleh E-Jay dan rakan-rakan sekuliahnya adalah fungsional kerana dapat memperlihatkan bahawa seni lakon adalah selari dengan realiti kehidupan. Di samping itu, subplot ini juga mengupas persoalan undang-undang berkaitan dengan harta intelektual. Secara strukturalnya muatan ini berfungsi mengukuhkan pembinaan naratifnya.

Dinamika sikap E-Jay yang bersungguh-sungguh mempertahankan haknya dalam perebutan harta pusaka, mempertaruhkan bakatnya dalam penghasilan skrip drama pentas, dan pencarian asal usulnya menunjukkan kekuatan peribadi orang muda dalam mengharungi kemelut. E-Jay mendapat kekuatan peribadi melalui acuan budaya dan hukum adat yang menjadi pegangan hidupnya. Pencarian lelulurnya di Seri Menanti mengajak pembaca agar turut mengambil tahu susur galur dan akar diri. Keteguhan peribadi E-Jay sewajarnya menjadi teladan kepada khalayak remaja.


Pertautan nilai insani dan emosi dilakar dengan baik menerusi karya ini. Pengarang memperlihatkan ikatan persahabatan E-Jay dengan Wardah Aniss yang pada awalnya berkonflik kerana pertentangan pegangan masing-masing dalam mencapai cita-cita. Tetapi penyelesaiannya yang merapatkan mereka semula dan seterusnya bersama-sama memburu kejayaan, dengan sendirinya mengangkat nilai ketulusan dan keikhlasan dalam persahabatan.

Keindahan bahasa dan subplot yang relevan turut meninggikan nilai estetik karya ini. Perbilangan adat digunakan secara organis, sesuai dengan lingkungan ceritanya. Koordinasi teknik dan gaya bahasa demikian memberi impak yang bukan sekadar menjadikan karya ini ilmu undang-undang berseni, bahkan karya ilmu undang-undang bervariasi.

Konsep orientasi ilmu dalam karya ini menyarankan agar remaja menghayati dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian, berbanding dengan gejala orientasi peperiksaan yang membungkus pemikiran pelajar. Kecekalan dan kesungguhan E-Jay mengharungi kemelut hidup berbekalkan ilmu di luar dan di dalam diri menunjukkan citra anak muda yang tegar.

Pengarang mengajukan kepentingan ketahanan diri pelajar dalam mendepani apa-apa dugaan dengan yakin, berani dan tawakal. Pemaparan begini menghantar mesej kepada anak muda agar sentiasa "sedar diri" dan "kenal diri" bagi mempersiapkan langkahnya untuk menjadi dewasa. "Mencari Locus Standi sesungguhnya bukan sekadar mengisahkan pergulatan manusia dengan undang-undang dari sudut emosi, malah membuka cakerawala subjek yang kompleks ini.
Kata Hisyam: Saya telah membaca novel ini 2 tahun yang lepas (2005). Novel ini saya pinjam dari Perpustakaan Awam Bandar Jengka ketika tempoh bergelar penganggur. Novel ini menarik untuk dibaca dan diambil pengajaran. Sesuai untuk mereka yang meminati bidang perundangan.

Baca seterusnya..